Saturday, November 7, 2009

VISI SEMESTA

“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”

MISI SEMESTA

Menjana Kecemerlangan Insan Melalui Pendidikan Berkesan:
Mengamalkan perkhidmatan pengurusan pendidikan berkualiti
Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
Mengendalikan kegiatan kokurikulum yang terancang
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
Membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji.


MATLAMAT SEMESTA

Mewujudkan kerjasama di kalangan warga sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang akademik, mapan sahsiah,kokurikulum, mahir ICT dan berdaya saing.


OBJEKTIF SEMESTA
Meningkatkan tahap pencapaian akademik dan kokurikulum ke tahap terbilang.

Membentuk budaya pelajar agar mempunyai sikap dan disiplin diri yang positif, penyayang dan saling menghormati dan disiplin diri yang positif.

Penglibatan pelajar secara menyuluruh dalam aktiviti kokurikulum yang terancang untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang sukan, unit beruniform, persatuan dan kelab.

Memberi peluang kepada pelajar menguasai bidang ICT melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan yang disediakan.


Saturday, January 3, 2009

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR KRK 2009

Thursday, September 18, 2008

Tuesday, September 16, 2008

MOTTO



"BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN"

SEJARAH SMK SERI TANGKAK (SEMESTA)

Dalam perancangan awal tanah seluas 80 ekar adalah untuk pembinaan tapak baru Maktab Perguruan Mohd Khalid. Sekolah ini dirancang pembinaannya pada tahun 1995 yang bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di kawasan bandar Tangkak dan kawasan yang berhampiran. Pada masa itu di bandar Tangkak hanya terdapat dua buah sekolah menengah iaitu SMK Tun Mamat dan SMK Ledang. Pertambahan bilangan pelajar terus meningkat dari setahun ke setahun. SMK Seri Tangkak dibina di atas tapak seluas 15 ekar demi untuk menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai disekitarnya. SMK Seri Tangkak mula dibina pada 28.8.2000 dan siap pembinaannya pada 28.8.2001. penyerahan premis ini telah dilakukan pada 13.12.2001 kepada JPN Johor dan mula beroperasi pada 1.1.2002.

Monday, September 8, 2008

KECERIAAN KELAS




susun atur meja





sudut taman mini




sudut bacaan






sudut maklumat